Sunday, December 20, 2009

Team Building at Rumbia Villa Resot, Paka

Huhu...Selamat Tengahari Semua...Ari tu 17-19 Disember 2009, I nyer department telah pegi course Motivasi and Team Building dekat Rumbia ResortVilla, Paka...sungguh la bestnyer tak terkata...rugi Mr. Blurry tak ikut..huhuhuhu!!So,just check it out...
Big Banner untuk course kitorang ini...sememangnya best la...
Dari kiri: hasnah,Mrs.Blurry and Jue masa ni kitorang telah buat preparation untuk Candle War Game..see,muka kitorang dah dicolek dengan menatam hapa tak tau..cam askor la pulok..tapi memang best...
Candle War Game...cara bermain amat senang..ada 2 pasukan..Attackers dengan Defenders..masa ni group 1 jadi Defenders...so kitorang kena selamatkan lilin daripada di tiup oleh Attackers (group ni memang jahat) weapon we'all dibekalkan dengan peluru air dan lampu suluh..sungguh best...then we'all tukar position...then we'all menang game tu..sukanya....
Ni masa mula2 course tersebut bermula..tak silap ni sesi bermain hapa entah..i memang suka pose ajeww...huhuhu!!
Ni sesi discussion dlm group..time ni kitorang tgh discuss kitorang nyer nama kumpulan...then we'all present kat depan..hohohoho!!
Second day,sebelum masok kelas,i cam biasa..sempat snap gambor i..cumil sungguh keta itu,keta sapa yer?sungguh kembang lubang idung tuan dia time kete kena puji dan kena maki..wakakka!!
Masa ni kitorang tengah dengor orang present,tapi kitorang tak nak dengor..lalu kitorang amik gambor (dari kiri: Nor, Aini, Kak Za and Mrs. Blurry)
Cam biasalah, orang discuss dlm kumpulan, i tibang pose je..i tak suka bincang2 ni..bosan..hohoho!!
Ni gambor masa kitorang main Explorace..time ni group i tengah diarahkan makan pisang sampai abis setandan..hohoh!!benci betullah..makan punya makan..sampai i hampir pitam...gambor tak le banyak sgt time explorace ni..muga semua orang sibuk nak cari check point memasing...huhuhu!!
Maka dengan ini diisytiharkan bahawa Kumpulan Tiger UMT (yakni group i) telah mendapat tempat ke 4 daripada 4 kumpulan yang bertanding...hebatkan?hohohoh!!
Malam second day tu plak,we all semua ada game yang dinamakan Samurai Warriors..huhu!ni lah dia team member i (dari kiri: En. Epie, Mat Wan, Mrs. Blurry, Kak Za, Aini, Nor and The Sifu is Prof. Madya Dr. Ir. Ahmad Jusoh (Sifu & Tongga)...kitorang diarahkan berperang..hohoo!!
I tengah memakai baju Samurai..ntah hapa hapa ntah...
Hmm..ada ke patut,pedang disuruhnya jadikan senapang...i ingat perang betul betul tadi..kasi suspender sajak...wakakakakakak!!i tak menang match nih..huhuhu!!
Nilah dia reaksi spontan ahli kumpulan i semasa ketua kumpulan tengah present..huhuhu!!
Ni pulak time senaman pagi..semua orang pakai track bottom,i pulak bantai pakai jean bell bottom..hohoho!!
Ni pun sama..i tak bersenam..i malas...heheh!!
Gambor kenangan semasa breakfast lepas bersenam...
Ni lah dia..samseng2 yang menghadiri kursus tersebut...
(dari kiri barisan belakang:En. Epi (cam orang sakit belakang),Lie (cam tugu negara), Din, Safuan, Bro Iwan, Abu, Mat Wan (tengah mendendap apa itu), En. Mat Apis, Fazli, dan En. Azhar)
(dari kiri barisan tengah:Hasnah, Bed, Kak Ani, Aini, Kak Za, Kak Hana, Mrs. Blurry, Jue, Kak Ila dan Sinor (sup bunjut)
(dari kiri barisan depan: Nor, Kak Atie, Dr. Nora, Big Boss, En. Ismail Motivator, Ir. Ahmad Jusoh, Bro Suhaili dan Choom)
i pun tak paham,kenapalah posing ini macam...
Sama jerk....
Semua cam senget2 sikit posing dia...
Posing masa tengah discuss..
Group i menang ketika game puzzle nombor kumpulan..hehehe!!

Ni pulak ketua puzzle..hohohoh!!
Ni masa pemilihan calon ketuaMasa nak nyanyi lagu...
Tengah hafal lirik..Jangan lupa lirik yeah yeah...
Time nyanyi..sungguhan sekali awok2 nih...
Semasa penyerahan sijil Anugerah Wanita Popular 2009
Pemenang anugerah rileks je....
Sekian lah sahaja...nanti taon depan kalo ader team building lagi,leh la i tepekkan lagi yerk...hohoho!!

Muhammad Reezq Iskandar

Afternoon u'olls..waras men?wakakka!today i would like to story about this cute baby..Yesterday,Kak Wan, Maslina and me goes to Irina house..(cam buat ayat dalam BI jer)..straight to the point la...semalam i ngan diorang pergi umah Irina nak tengok baby dia...dia da selamat deliver baby boy just call Muhammad Reezq Iskandar..cumil sungguh nama itew...babynya sungguh besar..i sempat la snap gambor budak kicik ini...huhu!! anyway, tahniah to Nor Irina Sairah and Mohd Hasmizi...
Yuppie...ini lah dier tuan empunya nama tersebut di atas...kerjanya tido sahaja..cam mak dier jer...huhuhu!!
Baby besar tengah mendukung baby kecik..hoho..!!i nampak cam berusia bila pegang baby tersebut...mmmm...!!!
See..kalo i tak pegang baby cam gadis remaja berumur 17 tahun..sweet 17 gitu..wakkakaak!!

Interframe dirik sendirik..hohoh..takde ape nak ditepekkan...Sekian sahaja untuk kali ini...untuk Irina, tahniah sekali lagi dan doa doakanlah aku mendapat baby dalam masa terdekat ini...hehehe!!!

Monday, December 14, 2009

Mencari Remis di Pantai Dendung, Besut

Minggu lepas, i n family berfollowkan family jiran i telah mengisi waktu lapang dengan aktiviti mencari remis di pantai tersebut seperti di atas. Para aktivis telah mengambil tempat kat pantai seperti yang dinyatakan pada pukul 5 pm waktu Kg. Seberang Limbongan. Aktiviti mencari remis biasanya diadakan setiap tahun bila sesudah musim tengkujuh. Mengikut pada Geologi dan Perbatuan Neutika, koordinat remis di dasar laut akan berubah bila end of moonsun timur laut. Jemaah pakar-pakar tersebut menerima pakai teori tersebut memandangkan memang banyak haiwan remis terdampar di pesisir pantai itu. Sebagai makluman anda, remis amat rumit untuk ditemui kerana habitatnya di dalam pasir di persisir pantai yang hanya menjelmakan dirik sendirik pabila ombak bergelora lalu menghempas pantai. Saat itulah remis2 berkeliaran untuk masuk ke dalam pasir semula. Di sini,para aktivis memerlukan kecekapan dan kepantasan untuk mengigat beliau. Kadangkala, pulangannya amat memberangsangkan para aktivis tetapi biasanya aktivis hanya pulang dengan 'supit' kosong saja seperti i...huhuhuhu!! Remis biasanya direbus serai dan digoreng pedas..sungguh menjilat kuali...Di bawah i ada tepekkan gambar remis...eh eh..gambor i sebagai aktivis untuk tatapan u'olls..wakakak!!Check it out...
Biasanya i akan posing dulu untuk menarik perhatian remis dan rakan2..mungkin remis teruja melihat i berposing lalu beliau mengarahkan rakan2 untuk timbul di permukaan pasir dengan sukarela.
'Supit kuning' di tangan menandakan i berjaya mengigat remis sebanyak 3 butir...i bangga..
I pose ajewww...

Baby remis...wakakkaka!!

This song i will dedicate to someone that one i love,please try to deeply understand bout me

Apapun Terjadi
Berjalanlah Tanpa Henti
Airmata Tertahan
Waktu Untuk Dijatuhkan
Nanti Kita Kan Tahu
Betapa Bijaknya Hidup
Sepahit Apapun Ini
Pelajaran Yang Bererti
Semoga Kepergianmu
Tak Akan Merubah Apa Pun
Semoga Mampu Ku Lawan
Kesepianku

Tuesday, December 1, 2009

Sawang

Salam dan gudmorning everybody....ape citer u'olls semua?ada sihat...?da lama da i rasakan yang i ni tak membersihkan sawang dalam blog i ni...blog yang mengalahkan blog si laser azwan ali..wakakakak!!tak kuasa mak...Syawal anak lelaki a.k.a. perempuan Burhan sila tahan LRT yer..larikk....wakakka!!
Ekceli ramai yang call i tanya why you lock blog you bersawang?owhh..rupa2 nyer memang ramai peminat blog i nih..wakakkaak!!i sebenarnya da takde ape nak distory morykan disini..sebabnya i bz sesangat...maklumlah lepas raya korban..i kenalah berkorban sikit..heheheh!
Anyway kalo ada citer terhangat,nanti i publishkan kat sini...love u'olls...

Wednesday, November 11, 2009

Jangan Biarkan Keretamu Diselubungi Misteri

Morning dear...apa kabar semua...i harap u'olls sihat2 cam i...hehehe!today i nak kongsikan pengalaman ngeri adik i yang lelaki tu...sungguh misteri...i dapat rasa kemisteriaan adik i itew..wakaka...alkisahnya...
"Satu petang Selasa yang damai yang lepas, Kidd (bukan nama sebenar) 22 tahun memandu pulang seorang diri dari bengkel kereta Jerteh to Kg. Raja. Petang semakin suram...tompok2 hitam awan mendung memang jelas kelihatan. Ditemani lagu Cari Jodoh dari kumpulan Wali,beliau tersengih2 kesorangan..layan blues la tu...Sedang asyik memandu,tiba2 sebuah bas telah memberikan high bim padanya?Beliau tersentak lalu terkesima...kenapa?apakah yang berlaku?dalam hati beliau sudah ada nos2 penakut..tapi tidak diendahkan...beliau meneruskan pemanduan beliau mengikut had kebangsaan.Tiba2..."HOIIII"..pemanduan beliau agak terganggu bila ada satu suara menjerkahnya sambil menunjukkan tangan di hadapan kereta beliau...Beliau naik hairan...beliau terus memperlahankan keretanya sambil bertanya "kenapa"..tetapi mamat tadi hanya tersenyum dan mengelengkan kepala...Beliau tidak mengendahkan mamat tersebut lalu meneruskan pemanduan.
Tiba di traffic light pertama, jam menunjukkan pukul 7.00 mlm..keadaan semakin suram ditambah dengan perubahan musim tengkujuh...Tubuh beliau menggeletar bila semua pemandu kereta yang menunggu traffic light tu memandang beliau..ada yang mengerutkan kening,ada yang tersengih, ada yang cemas, ada yang gelak eh eh..ada jugak yang tidur yer?..Beliau semakin kehairanan..."kenapa?mengapa?aku buat salah apa.?" beliau menyoal dalam diri beliau sendiri sambil meneruskan perjalanan...Tiba di rumah, semua orang kehairanan melihat kereta beliau..apa sebenarnya yang terjadi..check it out!
Pandangan belakang kereta beliau...
Sila catat nombor pendaftaran kereta ini..maybe ada 'ong'....
Wakakkaa!!inilah 'makhluk' yang menjadi misteri...Seluar Dalam siapakah ini yang dipakaikan di plat number depan keta adik i.....
Apakah motif pemilik barang bukti ini?mahu mengeringkan seluar dalam yang basah di musim tengkujuh ini? atau menutup kesalahan menggunakan no. plat yang berlainan? Sehingga sekarang masih belum ditemui pemilik barangan misteri ini....
Walau apa pun motifnya dan siapakah empunyanya,adik i telah mencatat sejarah bila keretanya bisa memakai celana dalam...kaler putih lagi..wakakkaka!!!syabas dik,i'm proud of you!wakakak!!

Wednesday, November 4, 2009

Panas!Panas!Panas!

Hahahah!sekarang ni musti ini topic menjadi perbulaan hangat di kedai2 kopi, pusat main dam, dan di mana saja anda berada...i pun tak terkecuali mengikuti perkembangan bola sepak negara kita ni.Walaupun i hanya layan bola sepak bertaraf international,tapi sebagai makhluk yang berwarganegara dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi,semustinya i mengyokong untuk perkembangan bola sepak negara kita yakni Malaysia..
Seperti yang telah diwarwarkan dan kita sendirik pun tau,yang takde tv kat rumah pun tau..yang tahun ni team Kelantan FC (KFC)... wakakkaka!! akan menentang Negori Sombilan untuk Piala Malaysia 2009 yang dijadualkan pada 7 November ni..i ni excited sangat nak gi memandangkan i dan family telah mendapat green light untuk berada di grand stand...wakakak!!tapi i tau yang Mr. Blurry sememangnya tak kasik i pergi..so i leh tgk dlm tv jelah...biarkan mereka yang lain pergi meninggalkan i sendirik....bencikkk...wakakka!!
So, kat sini i just nak buat ulasan la mengenai 2 team ni..hheehe!!semestinya i adalah KIPAS-SUSAH-MATI (diehardfan) KELANTAN FC...wakakak!!!

Heheh!!dulu masa Incik Jazlan jadik Presiden KAFA dulu,i selalu jugak beramah mesra (bukan beramas mesra tau) dengan player KFC nih...biasalah...i selalu lepak umah sepupu i kat Kota Bharu...walaupun i bukan anak jati Kelantan,i suka mengaku jadik orang Kelantan..wakakka!! i selalu fight dengan Mr. Blurry..dia selalu kata i duduk daerah Besut,daerah negeri yang tak diterima..wakakkaka!!jahat betulla...
Jata Negeri Kelantan...2 ekor kijang tu yang mahal tu..wakakak!!(Ms. Febbie,aku silap kata kancil..jangan marah rrr)...hehehee!!
"Walapong kawe buke ore kelate,tapi kawe banggo kecek kelate,demo-demo hok negeri laeng,jange wak debe nga kawe,kawe ni debe lagih pado demo..,dok Amareka doh la saing nga sek negeri laeng..."
Nilah dia barisan player KFC...gambor kecik.gambor ni curik dari facebook Incik Jazlan...maaf ye Incik...wakkaka!!apa apa pun nanti malam 7hb. ni i mengidam nak tengok Norfarhan Mohd beraksi..(kawan i ni,tu i bagi support tu)...wakakak!!
VS
Ni dia lawan team i...Negeri Sembilan..i harap sangat diaorang kalah teruk..i betting 2-1 tau..KFC 2 N9 1.I taknak ulas banyak2 pasal negeri nih...
"eden harap ekau jagolah diri memasing semaso bomain..ekau janganlah poie tunjuk muko eksyen depan eden punyo kipas-susah-mati..nayo karang tak balik negori..."

Anyway...all the best....
-Teringin nak tengok Kelantan vs Terengganu-
IdaOnizuka