Wednesday, November 11, 2009

Jangan Biarkan Keretamu Diselubungi Misteri

Morning dear...apa kabar semua...i harap u'olls sihat2 cam i...hehehe!today i nak kongsikan pengalaman ngeri adik i yang lelaki tu...sungguh misteri...i dapat rasa kemisteriaan adik i itew..wakaka...alkisahnya...
"Satu petang Selasa yang damai yang lepas, Kidd (bukan nama sebenar) 22 tahun memandu pulang seorang diri dari bengkel kereta Jerteh to Kg. Raja. Petang semakin suram...tompok2 hitam awan mendung memang jelas kelihatan. Ditemani lagu Cari Jodoh dari kumpulan Wali,beliau tersengih2 kesorangan..layan blues la tu...Sedang asyik memandu,tiba2 sebuah bas telah memberikan high bim padanya?Beliau tersentak lalu terkesima...kenapa?apakah yang berlaku?dalam hati beliau sudah ada nos2 penakut..tapi tidak diendahkan...beliau meneruskan pemanduan beliau mengikut had kebangsaan.Tiba2..."HOIIII"..pemanduan beliau agak terganggu bila ada satu suara menjerkahnya sambil menunjukkan tangan di hadapan kereta beliau...Beliau naik hairan...beliau terus memperlahankan keretanya sambil bertanya "kenapa"..tetapi mamat tadi hanya tersenyum dan mengelengkan kepala...Beliau tidak mengendahkan mamat tersebut lalu meneruskan pemanduan.
Tiba di traffic light pertama, jam menunjukkan pukul 7.00 mlm..keadaan semakin suram ditambah dengan perubahan musim tengkujuh...Tubuh beliau menggeletar bila semua pemandu kereta yang menunggu traffic light tu memandang beliau..ada yang mengerutkan kening,ada yang tersengih, ada yang cemas, ada yang gelak eh eh..ada jugak yang tidur yer?..Beliau semakin kehairanan..."kenapa?mengapa?aku buat salah apa.?" beliau menyoal dalam diri beliau sendiri sambil meneruskan perjalanan...Tiba di rumah, semua orang kehairanan melihat kereta beliau..apa sebenarnya yang terjadi..check it out!
Pandangan belakang kereta beliau...
Sila catat nombor pendaftaran kereta ini..maybe ada 'ong'....
Wakakkaa!!inilah 'makhluk' yang menjadi misteri...Seluar Dalam siapakah ini yang dipakaikan di plat number depan keta adik i.....
Apakah motif pemilik barang bukti ini?mahu mengeringkan seluar dalam yang basah di musim tengkujuh ini? atau menutup kesalahan menggunakan no. plat yang berlainan? Sehingga sekarang masih belum ditemui pemilik barangan misteri ini....
Walau apa pun motifnya dan siapakah empunyanya,adik i telah mencatat sejarah bila keretanya bisa memakai celana dalam...kaler putih lagi..wakakkaka!!!syabas dik,i'm proud of you!wakakak!!

Wednesday, November 4, 2009

Panas!Panas!Panas!

Hahahah!sekarang ni musti ini topic menjadi perbulaan hangat di kedai2 kopi, pusat main dam, dan di mana saja anda berada...i pun tak terkecuali mengikuti perkembangan bola sepak negara kita ni.Walaupun i hanya layan bola sepak bertaraf international,tapi sebagai makhluk yang berwarganegara dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi,semustinya i mengyokong untuk perkembangan bola sepak negara kita yakni Malaysia..
Seperti yang telah diwarwarkan dan kita sendirik pun tau,yang takde tv kat rumah pun tau..yang tahun ni team Kelantan FC (KFC)... wakakkaka!! akan menentang Negori Sombilan untuk Piala Malaysia 2009 yang dijadualkan pada 7 November ni..i ni excited sangat nak gi memandangkan i dan family telah mendapat green light untuk berada di grand stand...wakakak!!tapi i tau yang Mr. Blurry sememangnya tak kasik i pergi..so i leh tgk dlm tv jelah...biarkan mereka yang lain pergi meninggalkan i sendirik....bencikkk...wakakka!!
So, kat sini i just nak buat ulasan la mengenai 2 team ni..hheehe!!semestinya i adalah KIPAS-SUSAH-MATI (diehardfan) KELANTAN FC...wakakak!!!

Heheh!!dulu masa Incik Jazlan jadik Presiden KAFA dulu,i selalu jugak beramah mesra (bukan beramas mesra tau) dengan player KFC nih...biasalah...i selalu lepak umah sepupu i kat Kota Bharu...walaupun i bukan anak jati Kelantan,i suka mengaku jadik orang Kelantan..wakakka!! i selalu fight dengan Mr. Blurry..dia selalu kata i duduk daerah Besut,daerah negeri yang tak diterima..wakakkaka!!jahat betulla...
Jata Negeri Kelantan...2 ekor kijang tu yang mahal tu..wakakak!!(Ms. Febbie,aku silap kata kancil..jangan marah rrr)...hehehee!!
"Walapong kawe buke ore kelate,tapi kawe banggo kecek kelate,demo-demo hok negeri laeng,jange wak debe nga kawe,kawe ni debe lagih pado demo..,dok Amareka doh la saing nga sek negeri laeng..."
Nilah dia barisan player KFC...gambor kecik.gambor ni curik dari facebook Incik Jazlan...maaf ye Incik...wakkaka!!apa apa pun nanti malam 7hb. ni i mengidam nak tengok Norfarhan Mohd beraksi..(kawan i ni,tu i bagi support tu)...wakakak!!
VS
Ni dia lawan team i...Negeri Sembilan..i harap sangat diaorang kalah teruk..i betting 2-1 tau..KFC 2 N9 1.I taknak ulas banyak2 pasal negeri nih...
"eden harap ekau jagolah diri memasing semaso bomain..ekau janganlah poie tunjuk muko eksyen depan eden punyo kipas-susah-mati..nayo karang tak balik negori..."

Anyway...all the best....
-Teringin nak tengok Kelantan vs Terengganu-
IdaOnizuka

Semoga Mendapat Haji Mabrur

Assalamualaikum w.b.t....Today 5th of November 2009 bos i Deputy Director at RMC telah berangkat ke tanah suci mekah untuk menunaikan rukun islam ke 5..(i rasa betul dah yg ke 5..PAFA i fail)...So mulai ari ni i da takde bos la..tapi ada second bos yang sowang lagi tu....tapi setakat ni second bos tidak pernah mengganggu konsentrasi i semasa i bekerja...n i senang dengannya...kepergian bos i ni agak lama...standard haji la 40 hari..Semalam dia datang mintak maaf dengan i...agaknya musti dia ada salah dengan i...tapi takpe,sebab dia nak pergi haji i dengan rela hati memaafkannya...i juga mintak dia berdoa di Jabal Rahmah supaya i dapat ke Mekah jugak serta hidup bahagia dan mendapat cahaya mata untuk 6bulan akan datang..heheheh!!
Kat sini i doakan semoga beliau selamat pergi dan selamat kembali dengan selamatnya...i juga doakan semoga dia bawak balik souvenir dari Mekah untuk i..at least kain semayang pun jadik....heheh!!apa pun,i doakan yang terbaik untuknya..semoga 'abang haji' mendapat haji mabrur...

Bersama-sama ini i tepekkan sekeping gambor bos i nih...fuhh..ramai betul peminat dia...kawan2 i panggil dia 'Mike Shinoda Linkin Park'.....wakakka!!

Monday, November 2, 2009

Happy Enggagement Day

Hohoho!(gelak standart santa clause)...bertunang jugek akhirnya yer...today,i taknak gosip or cerita apa2 apalagi menabur fitnah di akhir zaman ini,tetapi i nak wish Happy Enggagement Day to Incik Pengapit Suami I masa I kawen dulu...hohoh!!berkat jadi pengapit maka sowang lagi pengapit telah mendirikan tangga walaupun rumah belum dibina...ini ialah potensi yang baik untuk membina rumah..sedikit2 lama2 jadik bukit...wakakaka!! Anyway, semoga Incik Pengapit Suami I dapat membina ikatan yang sah dalam masa yang terdekat..sesungguhnya kahwin itu ialah nikmat di dunia..wakakka!!Apapun tahniah...tapi kurang ajar ye you tunang tak gitau i..alih2 wat suprise kat i yer...apa pun i tumpang gembira dengan pertunangan you..bukan apa,you kan casanova..i heran,muka tak hensem cam you pun leh jadi casanova...laki i hensem yang melampau pun takde title casanova...hahahha!!
Nilah dia rupa orang bertunang.jeling2 dengan kameraman..dah lagi bagi i gambar kecik giler....susah i nak tepek.....
Congratulation to both of you..may Allah give u a blessing ever after..nanti kawen,letakkan nama i paling atas dalam list you..i nak pegi buat onar dekat kenduri you..hahahahahhaah!!anyway,me and my lovely Mr. Blurry wish you Happy Enggagement Day...not Independent Day yer..so abe, jangan lagi galok2 mintak aku ejas aweks!!Wakakaa!!!

-Jangan amik ati yer-
IdaOnizuka