Wednesday, November 11, 2009

Jangan Biarkan Keretamu Diselubungi Misteri

Morning dear...apa kabar semua...i harap u'olls sihat2 cam i...hehehe!today i nak kongsikan pengalaman ngeri adik i yang lelaki tu...sungguh misteri...i dapat rasa kemisteriaan adik i itew..wakaka...alkisahnya...
"Satu petang Selasa yang damai yang lepas, Kidd (bukan nama sebenar) 22 tahun memandu pulang seorang diri dari bengkel kereta Jerteh to Kg. Raja. Petang semakin suram...tompok2 hitam awan mendung memang jelas kelihatan. Ditemani lagu Cari Jodoh dari kumpulan Wali,beliau tersengih2 kesorangan..layan blues la tu...Sedang asyik memandu,tiba2 sebuah bas telah memberikan high bim padanya?Beliau tersentak lalu terkesima...kenapa?apakah yang berlaku?dalam hati beliau sudah ada nos2 penakut..tapi tidak diendahkan...beliau meneruskan pemanduan beliau mengikut had kebangsaan.Tiba2..."HOIIII"..pemanduan beliau agak terganggu bila ada satu suara menjerkahnya sambil menunjukkan tangan di hadapan kereta beliau...Beliau naik hairan...beliau terus memperlahankan keretanya sambil bertanya "kenapa"..tetapi mamat tadi hanya tersenyum dan mengelengkan kepala...Beliau tidak mengendahkan mamat tersebut lalu meneruskan pemanduan.
Tiba di traffic light pertama, jam menunjukkan pukul 7.00 mlm..keadaan semakin suram ditambah dengan perubahan musim tengkujuh...Tubuh beliau menggeletar bila semua pemandu kereta yang menunggu traffic light tu memandang beliau..ada yang mengerutkan kening,ada yang tersengih, ada yang cemas, ada yang gelak eh eh..ada jugak yang tidur yer?..Beliau semakin kehairanan..."kenapa?mengapa?aku buat salah apa.?" beliau menyoal dalam diri beliau sendiri sambil meneruskan perjalanan...Tiba di rumah, semua orang kehairanan melihat kereta beliau..apa sebenarnya yang terjadi..check it out!
Pandangan belakang kereta beliau...
Sila catat nombor pendaftaran kereta ini..maybe ada 'ong'....
Wakakkaa!!inilah 'makhluk' yang menjadi misteri...Seluar Dalam siapakah ini yang dipakaikan di plat number depan keta adik i.....
Apakah motif pemilik barang bukti ini?mahu mengeringkan seluar dalam yang basah di musim tengkujuh ini? atau menutup kesalahan menggunakan no. plat yang berlainan? Sehingga sekarang masih belum ditemui pemilik barangan misteri ini....
Walau apa pun motifnya dan siapakah empunyanya,adik i telah mencatat sejarah bila keretanya bisa memakai celana dalam...kaler putih lagi..wakakkaka!!!syabas dik,i'm proud of you!wakakak!!

2 comments:

  1. Hahahahaha..... Bodo nk mapuhhh.. Golek aku suker

    ReplyDelete
  2. scene mule2 aku debor apah... tp ble tgok ngelas gtu, rs mcm bingung jek. kahkahkah

    ReplyDelete