Monday, December 14, 2009

Mencari Remis di Pantai Dendung, Besut

Minggu lepas, i n family berfollowkan family jiran i telah mengisi waktu lapang dengan aktiviti mencari remis di pantai tersebut seperti di atas. Para aktivis telah mengambil tempat kat pantai seperti yang dinyatakan pada pukul 5 pm waktu Kg. Seberang Limbongan. Aktiviti mencari remis biasanya diadakan setiap tahun bila sesudah musim tengkujuh. Mengikut pada Geologi dan Perbatuan Neutika, koordinat remis di dasar laut akan berubah bila end of moonsun timur laut. Jemaah pakar-pakar tersebut menerima pakai teori tersebut memandangkan memang banyak haiwan remis terdampar di pesisir pantai itu. Sebagai makluman anda, remis amat rumit untuk ditemui kerana habitatnya di dalam pasir di persisir pantai yang hanya menjelmakan dirik sendirik pabila ombak bergelora lalu menghempas pantai. Saat itulah remis2 berkeliaran untuk masuk ke dalam pasir semula. Di sini,para aktivis memerlukan kecekapan dan kepantasan untuk mengigat beliau. Kadangkala, pulangannya amat memberangsangkan para aktivis tetapi biasanya aktivis hanya pulang dengan 'supit' kosong saja seperti i...huhuhuhu!! Remis biasanya direbus serai dan digoreng pedas..sungguh menjilat kuali...Di bawah i ada tepekkan gambar remis...eh eh..gambor i sebagai aktivis untuk tatapan u'olls..wakakak!!Check it out...
Biasanya i akan posing dulu untuk menarik perhatian remis dan rakan2..mungkin remis teruja melihat i berposing lalu beliau mengarahkan rakan2 untuk timbul di permukaan pasir dengan sukarela.
'Supit kuning' di tangan menandakan i berjaya mengigat remis sebanyak 3 butir...i bangga..
I pose ajewww...

Baby remis...wakakkaka!!

No comments:

Post a Comment